Hari ini bermula macam biasa..
bangun seawal 7pagi (subuh gajah) dan terus guling-guling atas katil sampai puas
bila dah puas guling-guling, baru terasa nak mandi
kelas harini bermula pukul 9pagi..
xpe lagi sejam..
maka aku pon jerang lah air
dan buat nescaffe panas
macam biasa..macam ni lah breakfast aku tiap-tiap hari...cuma makananya aku tukar-tukar
variety katakan..tak mahu cepat jemu mahupun muak
maka harini terasa nak makan Oat Krunch yang disimpan sekian lama dalam laci
owh sungguh ranggup dan sedap..
tak percaya g beli di kedai maju jaya dan makan
kalo xsedap jugak bagi aku, aku tolong habiskan
maka selepas bersiap pergilah ke kelas..
kelas pukul 9..tunggu sampai 930..kelas batal
yeah cantikkkkkkkkkk~
maka aku bolehlah kembali pulang ke bilik dan berguling seterusnya tido
best kan?
maka setelah bermimpi di siang hari sehingga ke pukul 230..
aku baru terjaga..dan cepat-cepat bersolat zohor seteru pergi ke kelas management
walaupun aku telah bercakap kepada Kel dan Cikna bahawa tidak akan menghadirinya
maaf aku tipu korang...hehe
dalam kelas Organization Behavior macam biasa..duduk dan lihat
walaupun belajar pasal behavior, namun rata-rata pelajarnya tidak sekali mempraktikkanya
ada yg bergosip..ada yang merenung lattop..ada yang baca novel
aku pulak kadang-kadang tgk depan
kadang-kadang bersembang dan melihat si Faiz bermain game di Handphonenya
aku perlu buat begitu..jikalau tidak aku akan mengantok seterusnya terlena di kelas
tamat sahaja kelas OB itu...aku terus keluar..
otomatik...rasa mengantukku itu hilang serta-merta
kenapa ye?
xpe lupakan sahaja..kerna kelas OB dah berakhir..dan juga kelas untuk minggu ini
maka ketika hendak menuju ke kereta di tangga, aku melihat sesuatu
ada surat di wiper cermin keretaku..
aahhhh sudah...sama ke ape?
logik jugak aku kena saman sebab parking bukan di petak parking
TERPAKSA ok? sebab parking di area DKA,B dan C itu sangatlah laris
sampaikan aku menumbuk-numbuk angin dengan coursemate aku kerana bereutkan parking
tapi aku dapat dulu..walaupun bukan di tempat parking
maka aku pon ambil dan buka..
mari kita lihat sama-sama
erk!! surat mintak kenalan you!
aku rasa bangga sebentar
kemudiannya pelik
kerana aku bukan lelaki idaman
yang berwajah handsome dan berperangai baik-baik
aku bukan macam itu
"Ini mesti ada yang xkena!" gertak hatiku
serta-merta aku amek handphone dan terus mendail
"CIS...CILANAT...AKU DAH AGAK!!"
org itu adalah member aku
yang kononnya nak memPRANK kan aku
tahniah..anda telah berjaya memPRANK kan aku untuk 5 saat
nak tahu sape kawan aku tahu?
xpayahla,,,xpenting tahu siapa dia (sila KLIK)
maka sesi senyum sorang-sorang pun bermula
sampai aku pulang ke bilik
aku pandang tepi
berserabut
aku seorang yang pemalas ok?
jadi sila buang nama aku dari list calon suami korang
ada nasi bungkus..ada lepat pisang pemberian kak nor..ada beg dan segala macam lagilah
kemudian aku pandang bawah..
owh pandanganku terhalang..dek keboroian perutku ini
xboleh jadi ni..kena jogging ni
maka bergeraklah aku ke area muzium..
mau berjoging
pusing dua tiga round
tengah bertangkap gambar
owh haliff sudah mendapat bini baru
D5000
"selamat pengantin baru"
malamni ko tak tido kan? malam pertama kan?
biar alep dengan bini barunya
maka sekarang malam yang tenang..
aku mau membuat revision untuk FYPku itu
sekian diari untuk hari ini..
terima kasih kerana baca
walaupun cuma baris teratas dan baris ini






